NEWS

16-11-2017

Tombiruo: Penunggu Rimba kutip RM8 juta, jadi filem kedua terlaris 2017

FILEM Tombiruo: Penunggu Rimba berjaya meraih kutipan sebanyak RM8 juta sejak ditayangkan pada 12 Oktober lalu.

Sekali gus, menjadikan filem adaptasi novel Ramlee Awang Murshid itu sebagai filem kedua paling laris pada tahun 2017.

Tombiruo: Penunggu Rimba telah ditayangkan selama empat minggu di pawagam seluruh Malaysia dan negara jiran Brunei dan Singapura.

Bagaimanapun, filem Abang Long Fadil 2 terbitan Astro Shaw dan Skop Productions masih kekal sebagai filem paling laris 2017 dengan kutipan sebanyak RM18 juta.

Tombiruo: Penunggu Rimba menggandingkan Zul Ariffin dan Farid Kamil di layar perak selain pelakon berbakat lain seperti Nabila Huda, Faizal Hussein, Hasnul Rahmat, Faye Khusyairi dan Datuk M. Nasir.

Tombiruo: Penunggu Rimba mengisahkan Ejim yang digelar Tombiruo dan sering disisihkan masyarakat kerana memiliki wajah bukan manusia.

Satu insiden tragis berlaku pada Tombiruo hingga menimbulkan kemarahan dan dendam.

Tahniah diucapkan kepada seluruh tenaga kerja produksi filem Tombiruo: Penunggu Rimba!

Link to original article on Astro Gempak here.